Minggu, 23 Maret 2008 di 19.15 |  
Apakah yang dimaksudkan dengan pening?
Pening ialah satu keadaan di mana seseorang itu merasa seperti hendak pitam atau tidak dapat mengawal keseimbangan badan apabila berdiri atau duduk. Ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak dan saraf tunjang menyebabkan berlakunya penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.

Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan untuk menerangkan pening ialah perasaan gayat, ringan kepala dan hilang keseimbangan, dan terhuyung-hayang. Walau bagaimanapun, gayat sebenarnya lebih merupakan perasaan seperti alam sekeliling berputar-putar/berpusing-pusing.

Pening jarang menjadi penyebab kepada penyakit yang serius. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gangguan serius yang boleh menyebabkan pening, biasanya keadaan ini akan dialami bersama-sama dengan gejala-gejala lain. Gangguan-gangguan yang serius ini termasuklah masalah jantung seperti penyakit injap atau serangan jantung, strok dan tekanan darah rendah yang serius atau mengalami kejutan.

Mekanisma keseimbangan telinga dalam yang tidak berfungsi dengan baik juga boleh menyebabkan pening. Memandangkan mekanisma keseimbangan juga membantu mengawal pergerakan mata, pening jenis ini biasanya dikaitkan dengan rasa gayat. Selalunya dalam keadaan begini, alam sekeliling kelihatan seperti berputar-putar. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan virus pada telinga dalam.

Ringan kepala pula ialah satu keadaan di mana kita terasa seperti hendak pitam dan selalunya berlaku semasa demam selsema atau flu. Ia biasanya tidak serius jika tidak diiringi dengan gejala-gejala lain.

Pengsan/pitam secara tiba-tiba (pengsan/pitam vasovagal) lebih mudah berlaku apabila seseorang itu berada dalam keadaan berdiri. Pengsan yang biasa selalunya didahului dengan rasa lemah, terhuyung-hayang dan loya.
Diposting oleh 3J Team Community

0 komentar:

Visit the Site
SUGENG RAWUH DATENG BLOG KEDOKTERAN MUGI-MUGI SAMPEAN SENENG KALEH BLOG KULO blogger template by blog forum